Akademi Sukses

Akademi Sukses

Pembuka Kalam Bicara

Jutaan Daripada Gelora

Cuitan Gelora.

Saturday, March 5, 2011

ceritera tentang sekarang

BUDAK SEKOLAh AGAMA..
Sesuatu tentang budak sekolah agama kita (Khas untuk ex-sekolah agama)
Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) Ini bukan entri diskriminasi sekolah (eh?)
(Entry ini mahu membuka minda sebentar)

Entry ini tidak hanya terhad untuk pembaca yang bersekolah agama dan ex-sekolah agama sahaja, tapi juga sesuai untuk bacaan semua peringkat umur dan jantina selagi anda masih bergelar orang Islam. Diharap sama-sama dapat berfikir sejenak.
(suka hati je edit pantun tak kena rentak T___T, layan je lah)
Zaman sekolah 'ana-enti'
Sekarang hilang diterbang angin
'Aku-engkau' jadi pengganti
Entah bila nak sopan balik

Bertudung labuh ayu sentiasa
Ikhlas atau peraturan semata
Sekarang ni gaya hebat-hebat belaka
Entah bila nak ayu balik

Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Batas pergaulan makin berkurang
Dah makin lupa apa yang ustaz ajar

Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga
Sekarang tayang gambar dengan buah hati (facebook & blog)
"Kak, rasa malu campak pi Thailand ka?"

Bila ditegur angin satu badan
Konon sudah tahu belaka
kalau dah tahu kenapa teruskan
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu laa kalau rasa diri hebat
Nama pun lepasan sekolah agama
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu bagus sangat ke?"

Itulah realiti budak sekolah agama
Majoriti terkejut dengan dunia luar
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja
"Tak sesuailah semua-semua ni dekat luar!"

Parents hantar anak sekolah agama, SMA, SAM, SMKA, SBP sekolah beragama niatnya nak jadikan anak orang berguna, hajatnya nak jadikan si anak berakhlak mulia.Agaknya apply masa sekolah agama je kot, sebab lepas dah kenal dunia luar masing-masing dah lupa diri. Tak cakap orang lain, diri sendiri pon sama. Sebab saya sendiri berpeluang merasai tarbiah sekolah agama, maka saya tahu bagaimana suasananya. Ya, zaman yang ditarbiah. Kita diajar untuk mengenal dosa pahala. Tapi semua tu hanya bertahan dalam pagar sekolah je.

Selepas keluar sekolah agama, ilmu yang dipelajari seakan tersekat untuk diaplikasi di luar. Walau stok sekolah agama, tapi perangai macam tak pernah nak berubah. Salah siapa? Hidayah semacam ditarik balik oleh Allah. Ilmu seakan disejat kembali oleh Allah, seolah-olah apa yang dipelajari telah hilang digantikan dengan ilmu-ilmu negatif. Tak payah tanya lah tentang tudung labuh, dah buat kain buruk agaknya. Sesetengahnya pakai tudung labuh tak pernah nak ikhlas, merungut je. Jujur bertanya, tidak rindukah pada tudung labuh anda? Perlindungan anda sewaktu ketika dulu?

Saya tak cakap semua begitu, namun ini realiti. Saya melihat dengan kedua mata, saya menulis dengan mata hati. Sedangkan di sekolah dialah BADAR (Badan Dakwah dan Rohani-dikenali sebagai stok-stok budak alim) bercakap punyalah hebat pasal akhlak, pasal couple, pasal isu semasa, tup tup, bila jumpa di luar, semuanya seakan berubah sekelip mata. Tudung yang labuh telah jadi selendang yang nipis sehingga nampak lehernya dan rambutnya. Baju yang dipakai longgar semasa disekolah diketat-ketatkan. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi dalam perubahan emosi mereka. Kata dulu, NO COUPLE, HARAM! tup tup, kita tahu dia tayang gambar dekat facebook. Sopannya sekarang ni. Itu tak kira lagi tanggal tudung labuh then free hair, or pakai baju sexy tayang dalam facebook. Sangat tidak patut. Saya akan terangkan lagi isu ini panjang lebar dalam entri akan datang; BINGKISAN UNTUK PARA DAIE' PART II: AKU NAK DAKWAHKAN KAU. (cewah macam dalam majalah SOLUSI pulak rasanya, ehe)

Tak bermakna semua budak sekolah agama begitu, ada juga yang tetap hebat.Ada juga semakin hebat. Tak kata semua, ini major. Berapa kerat dari kita yang tetap mengamalkan ilmu? Saya tak cakap saya juga lengkap, tapi itulah, masih dalam proses perubahan. Setiap hari mentarbiah hati untuk kekal berada dalam hidayah-Nya. Budak sekolah biasa lagi excellent akhlak dari budak sekolah agama. Come on, budak sekolah agama, bangkitlah dengan ilmu yang kita pelajari, jangan jadi semakin sesat!

[zaman sekolah] bertukaaaaarrr.... [zaman universiti]

Cuba nilai kembali, perubahan kita. Adakah ianya negatif ataupun positif. Fenomena ini seakan semakin merebak tanpa disedari. Pesanan saya kepada budak-budak sekolah agama yang bakal keluar, pandai-pandai jaga diri, pandai-pandai apply hukum halal haram bila keluar nanti. Bila stay sekolah agama ni alhamdulillah, ada yang menegur, bila kita keluar nanti, lagi-lagi kita dapat kawan yang tak berapa ambil berat tentang Islam ni, tak ada siapa yang nak tegur. Appreciate kawan-kawan yang tegur. Ingat satu je, kalau ada yang tegur kita, itu tandanya Allah sayangkan kita. Didatangkan teguran semacam itu sebagai peringatan kepada kita dari Allah melalui manusia. Kalau tak ada yang tegur, faham-faham je lah. Itu tandanya Allah nak tambahkan lagi kesesatan kita. Ini bahaya.

Berdoalah supaya kita terus kekal dalam landasan syariat-Nya, diharapkan jangan terpesong walaupun setelah mengenali dunia luar. Buat ex-ex sekolah agama, pandai-pandai menilai tindakan diri, jangan buat perkara yang membinasakan diri dan hati. Waallahu'alam~ =)

p/s: Tak kisah mana-mana pon kita sekolah, sekolah biasa ke, sekolah agama ke, asal tahu jaga diri, hukum halal haram itu sudah cukup untuk menjadikan akhlaknya cemerlang. Di manapun kita berpijak, ingat Allah sentiasa melihat kita, baru kita takut nak buat seleweng segala.



created by:- zaheed alee

Sunday, February 13, 2011

+Pasangan Yang Diredhai+



Pelbagai kisah yang sering kita dengar setiap hari,,..isu manusia pada masa kini adalah 'kahwin awal'..,,Gelora Bicara ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai satu kisah yang benar,,..HAYATI,,..dan SELAMI akan kisah ini,,..:-

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

  • Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
  • Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di mana saya disconnect dengan dunia luar.
  • Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
  • Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
  • Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
  • Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, dan bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
  • Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
  • “Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
  • Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
  • Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
  • Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
  • Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

 Sadat Tahfiz:
  • ‎Pernikahan menyelamatkan masyarakat daripada penyakit sosial dan akhlak. Ini adalah kerana kecenderungan kepada jantina yang berlawanan hanya dapat dikenyangkan dengan pernikahan yang syari’e dan perhubungan yang halal. Ini dapat dilihat apabila Rasulullah menyeru kepada pemuda dengan sabdanya : Wahai pemuda, sekiranya kamu mampu untuk bernikah, maka bernikah lah kerana ia mampu menjaga pandangan dan memelihara kemaluan”
  • Perkahwinan memberi pertanggungjawaban kepada lelaki dan perempuan untuk membina generasi baru yang bertaqwa. Ia tidak dapat dilakukan sekiranya pasangan itu hanya bertaraf kekasih. Lihatlah realiti sekarang, berapa ramai perempuan ditipu oleh lelaki setelah segala kehormatannya telah dirobek. Akhirnya perempuanlah yang membesarkan anak dan lelaki hanya berlepas tangan. Berlainan dengan perkahwinan yang meletakkan suami dan isteri untuk memainkan peranan-peranan masing-masing dalam membentuk dan mendidik anak-anak.
  • Pernikahan akan menjadikan setiap orang mempunyai pusat kasih sayang dan kecintaan iaitu pasangannya. Ini dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam surah ar-Rum ayat 21.
________________________________________________________________

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidakkah kamu tahu bahawa jika sesorang yang tidak bernikah mendatangi seorang wanita maka dia akan mendapat dosa? Maka sesiapa yang mendatangi perempuan sesudah bernikah sudah tentu mendapat pahala”.
Ini menunjukkan bahawa pernikahan adalah sesuatu perkara yang mulia dan mendapat tempat yang tinggi di sisi syariat Islam.
________________________________________________________________

Tidaklah Allah swt menurunkan suatu penyakit, melainkan IA juga menurunkan penawarnya, atau pencegahnya. Dan tidaklah Allah swt menurunkan suatu ujian, melainkan IA juga menurunkan jalan keluarnya. Dan Allah hanya menurunkan dua buah jalan keluar dalam perjuangan melawan hawa nafsu ini, yang pertama adalah menikah. Dan yang kedua adalah puasa, bagi yang belum mampu untuk menikah.“Menikah”, sebuah kata sederhana namun sarat dengan makna dan tanggung jawab. Menikah adalah impian bagi seluruh Bani Adam yang normal. Menikah adalah media penangkal hawa nafsu yang tak pandang bulu. Menikah adalah ikatan sakral yang menjadi anjuran Rasulullah saw dan Allah swt. Menikah adalah penawar bagi racun fitnah. Menikah adalah sepiring nasi lengkap dengan sayur, lauk, dan pencuci mulut bagi syahwat yang lapar. Menikah adalah segelas jus favorit bagi syahwat yang tengah dahaga. Menikah adalah rambu-rambu bagi syahwat yang melanglang buana.
________________________________________________________________

created by:- zaheed alee

Wednesday, February 9, 2011

isu picture di dalam FB



Ya Akhawat Fil Islaam, Wahai Muslimah2@Facebook, Walau Di Mana Jua Antunna Berada..


'SILA DELETE KESELURUH GAMBAR2 ANTUNNA YANG MASIH TERSISA DI FACEBOOK DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA!'.

Terutamanya kepada Mereka yang Belum Berpurdah, Gambar-gambar Antunna di Ambang Bahaya dan boleh menjadi Asbab Fitnah yang Maha Dahsyat kepada Diri, Keluarga dan kepada Addenul Islam itu Sendiri.

Bagi Memastikan Antunna Melakukannya pada SAAT DAN KETIKA INI juga, disertakan Beberapa Artikel Beserta Bukti Kukuh bagi Meyakinkan Antunna untuk men'DELETE' Gambar-Gambar tersebut Tanpa Ragu2.


[ ARTIKEL 1 ] ~ TANGAN KOTOR : MEMBOGELKAN GAMBAR MUSLIMAH DENGAN SUPER IMPOSE

Super Impose yang semakin menjadi kegilaan dunia hari ini, telah menyebabkan berlakunya beberapa kezaliman terhadap wajah wanita yang bertudung. Kesal juga, sejak kebelakangan ini, ternampak beberapa bentuk serangan media dengan menggunakan istilah-istilah lucah yang agak meluat untuk menyebutkannya di sini.

Post kali ini, saya cuba menarik para pembaca untuk memahami situasi yang terjadi. Istilah-istilah kotor yang saya maksudkan di atas, cuba dikembangkan. Antara cara-cara mengembangkan otak kotor terhadap wanita muslimah, ialah dengan menggunakan SUPER IMPOSE.

Iaitu, mengambil beberapa keping gambar perempuan bertudung yang dirasakan secocok dengan gambar bogel, kemudian gambar perempuan tersebut dipotong dibahagian yang sesuai. Biasanya garisan tudung tersebut. Kemudian, di”tampal” pada tubuh mana-mana yang tidak berpakaian.

Maka, akan terhasil seorang wanita yang bertudung, tetapi tidak berpakaian. Kerja-kerja ini tidak lain adalah untuk menghina Islam, bahkan menghina wanita muslimah yang sentiasa menjaga aurat mereka. Persoalan di sini, dimanakah saluran mudah untuk mendapatkan gambar-gambar muslimah kita?

Oh ya, FACEBOOK adalah jalan paling mudah dan berkesan. Sejak kebelakangan ini, nampak seperti wanita muslimah Indonesia dan Malaysia yang menjadi mangsa! Hah.. Adakah anda sedar, entah-entah gambar saudara mara kita pula yang kena.

Lebih teruk apabila gambar tersebut dibuat animasi dengan format GIF. Animasi yang boleh ditampal dengan mudah di web-web lucah. Asalnya ia merupakan gambar kaku, tetapi apabila diubahsuai dan diset dalam format GIF, akan terhasil animasi bergerak. Antaranya AKSI-AKSI RANJANG yang agak mengaibkan untuk disebut di sini.



[ ARTIKEL 2 ] ~ AWAS MUSLIMAHKU !!

ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI

Mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..NAK TUNJUK CANTIK??? {PS : NAK KEPUJIAN LELAKI????} Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah.



[ARTIKEL 3] HATI-HATI : FACEBOOK MEMUDAHKAN SI BERTUDUNG DITELANJANGKAN

Susulan daripada artikel saya sebelum ini, yang berkaitan dengan gambar perempuan bertudung yang dieksploitasikan, saya rasa perlu untuk mengulas lebih lanjut tentang istilah “body scanning”. Mungkin ia kelihatan agak tak masuk akal untuk dihasilkan. Tapi, sila baca beberapa kaedah di bawah, yang MEMUNGKINKAN proses ini akan berhasil.

1. Semua orang sudah tahu, bahawa pakaian tidak boleh ditembusi. Tetapi di Airport telah meletakkan sistem “mengkantoikan” anggota badan secara penuh. Dahulu, kita tidak pernah terfikir ia akan berlaku. Tetapi sekarang, ia sudah berlaku.

Ok, ada yang mengatakan bahawa, itu adalah anggota badan secara langsung, bukan melalui gambar. Penjelasannya pada nombor 2.

2. Cuba kita lihat di dalam ruangan Facebook. Kebanyakan pelayar Facebook yang memakai pakaian menutup aurat, tetapi adakah tidak boleh diimaginasikan bentuk tubuh mereka?

Contoh, di dalam gambar 1, si A melakukan aksi 1, gambar kedua pula melakukan aksi 2, sehinggalah 5 keping gambar, dan kesemuanya aksi yang berbeza (walaupun aksi bersahaja dan memakai niqab).

Maka, berdasarkan ukuran baju, lipatan kain, dan sebagainya, memungkinkan tubuh badannya diolah dalam bentuk 3D. Ia adalah hasil imaginasi yang dapat diterjemahkan daripada 5 gambar tersebut. Bukan sahaja 5, 1 pun sudah cukup.




Semua orang tahu, tubuh badan wanita semuanya sama, gemuk bentuknya begini, kurus bentuknya begini, pinggang lebar bentuknya begini, dan sebagainya. Maka, daripada gambar yang tertera, mereka mengolah kepada bentuk 3D, kerana manusia punyai imaginasi.

Senang cerita, kalau anda tengok perempuan bertudung, anda akan dapat mengimaginasi sehingga “menelanjangkan” tubuhnya, walaupun aurat semuanya ditutup. Maka, Islam mengajar kita untuk “menjaga pandangan”, walaupun kepada mereka yang menutup aurat.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

' TOLONG DELETE DENGAN SEGERA, KESEMUA GAMBAR ANTUNNA @ FACEBOOK, SEKALIPUN IANYA TELAH DI'LOCK'.

SEBELUM IANYA DIEKSPLOITASI OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM, SAMADA MENGGUNAKAN TEKNIK 'SUPER IMPOSE', 'SINAR X-RAY' ATAU '3D BODY SCANNING' UNTUK MENGAIBKAN MARUAH KAUM MUSLIMAH YANG MEMELIHARA AURATNYA, SETERUSNYA MENCEMARKAN KESUCIAN ADDENUL ISLAM"

Waakhiran Laisa Biakhirin,

Demi Ukhuwwah dan Kasihku Kepada Kalian,Memohon Agar Disebarluaskan Info ini kepada Seramai Mungkin Sahabiah2 Antunna di Luar Sana...

& Seterusnya, buat Ikhwahku yang KuKasihi, Sebarluaskan juga Info ini kpd seluruh Mahrammu, Kaum Kerabatmu, mahupun Teman2 Muslimahmu di FB....Demi Memelihara Kesucian Maruah Akhawat Kita dan Menjaga Kemurnian Addeenul Islam yang Sama-sama Kita Cintai...

created by:- zaheed alee

Tuesday, February 8, 2011

Asas Jati Diri Muslim Sebenar...

Assalamualaikum, semua sahabat-sahabat gelora... Minggu ini gelora nak berkongsi sedikit tentang 'ASAS JATI DIRI MUSLIM SEBENAR"...

                         Jati diri seseorang muslim yang sebenar akan menjadikan sebagai seorang manusia yang unggul. Sifat-sifat atau perwatakannya sentiasa memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenar berlandaskan panduan Al-Quran dan Al-Sunah dalam seluruh aspek kehidupan.Untuk menjadi manusia unggul,seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadah yang lengkap merangkumi ibadat khusus dan fardhu kifayat, dan akhlak yang mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal soleh...

Antaranya:

1. Keimanan yang utuh.
2. Amal Ibadat yang Lengkap
3. Akhlak Mulia.

Waallahu A'lam...

Azab Bagi Wanita



Kepada kaum hawa,terlalu banyak ujian bagi kaum hawa.Semoga artikel ini bermanfaat buat kamu.

Buat kaum adam,kamu juga pasti tidak mahu orang yang kamu sayang menghadapi salah satu seksaan di bawah ini.
Harap artikel ini dapat disampaikan kepada orang lain.INSYAALLAH.

Khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

  "Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

created by:- zaheed alee

Monday, February 7, 2011

+Tips Pelajar yang Berjaya+




1) Banyakkan berdoa
Banyakkan doa. Ingat! Bahawa Allah sering berada di samping kita.solat juga jangan diabaikan.apa gunanya kita berdoa kalau solat pun tidak cukup 5 waktu sehari semalam?

2) Berfikiran positif
Fikirkanlah perkara-perkara yang positif.mungkin kita bimbang keputusan yang bakal kita terima tidaklah seperti yang kita harapkan. Tapi,apa salahnya jika kita mengandaikan kita boleh memperoleh keputusan yang cemerlang nanti.

3) Lakukan banyak kerja
Kepada yang bekerja, mungkin hal yang berkaitan dengan result ini boleh dilupakan buat seketika. Bagaimana pula bagi mereka yang hanya duduk di rumah? Sudah pasti selama 24 jam mereka memikirkan mengenai keputusan ini. Apa salahnya jika anda menyibukkan diri anda melakukan apa-apa sahaja.menolong ibu memasak di dapur pun sudah memadai. Apa lagi? jom cuba buat resepi baru..

4) Beri semangat kepada diri sendiri
Kalau diri kita sendiri pun tak boleh support,siapa lagi? Berikanlah kata-kata semangat kepada diri sendiri. Aku boleh! Mungkin kata-kata tersebut membuatkan minda anda berfikir dengan lebih positif.

5) Ingat wajah-wajah kesayangan anda
Terbayangkan wajah emak dan ayah mungkin akan menyebabkan kita lebih gementar.betul tak? Tapi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa takut untuk menunggu detik keputusan diumumkan. Kerana merekalah yang sedang berada di depan mata kita sekarang yang selalu memberikan dorongan dan semangat kepada kita.

Kelima-lima cara tersebut dapat membantu kita menghilangkan stress atau tekanan yang sedang bergelora di jiwa,,..

created by:- zaheed alee

Rawatan Penting!!!

               Untuk tatapan kalian... secebis ilmu untuk berkongsi dengan ramuan acuan keilmuan bersama...
Cara mengubati mereka yang terminm Holy Water boleh di ubati dengan mengambil air dan bacakan:

               SURAH YASIN             - 1 KALI
               SURAH AL FATIHAH  - 3 KALI
               AYAT KURSI                - 3 KALI
               SURAH AL IKHLAS     - 3 KALI
               SURAH AL FALAQ      - 3 KALI
               SURAH AN NAS          - 3 KALI
               SELAWAT                    - 3 KALI

Mandikan mangsa dan diberi minum air tersebut. InsyaALLAH... Waallahu A'lam...

@t-Toruiyah @r-Rasahiah @copyright2011

Sunday, February 6, 2011

Beri Aku Kesempatan

Berilah aku kesempatan...
Untuk terus berjuang...
Untuk mendambakan...
Satu pengampunan...

Berilah aku kesempatan...
Menghirup udara kebebasan...
Terlerai daripada belenggu nafsu...
Yang sangat menyeksa...

Berikan aku kesempatan...
Menatap wajah ketenangan...
Aku tidak tega lagi...
Terhimpit dalam keraguan...

Berikan aku kesempatan...
Wahai TUHAN yang Maha Penyayang...
Untuk menikmati kesempatan...
Yang masih tersisa...
Untuk aku yang berdosa...
Meraih keampunan...

@t-Toruiyah@r-Rasahiah @copyright 2011

Saturday, February 5, 2011

++Muhasabah Cinta++

Sering kali terdengar,,,..kali ini saya nak anda hayati lirik lagu ini,,..


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



created by:- zaheed alee

Wednesday, February 2, 2011

Kisah ini benar2 berlaku,,.. bace la sebagai PERINGATAN,,..


Al- Kisah Seorang Yang Bertudung Labuh



Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah. Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku. Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal. Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

Di mana? Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada. Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali! Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik. Tudung tak labuh pun masih tutup aurat. Dont judge people by its cover. Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan. Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya. Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya.

Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat..,,, 

yaaaa..srikandi,,..ingat la,,..akan cerita hakikat ini,,..WALLAHUA'LAM,,..


created by:- zaheed alee

Tuesday, February 1, 2011

Cara Gerakan Kristianisasi

             Bagi memusnahkan hidup umat Islam, musuh-musuh Islam bertanggungjawab mewujudkan pelbagai teori atau fahaman kebendaan yang bertentangan dengan kehendak naluri kemanusiaan justeru mengenepikan konsep keagamaan sebagai suatu cara hidup yang berkesan.

            Antara yang dikenalpasti ialah:

PERTUBUHAN WANITA.

             Pertubuhahan yang kononnya memperjuangkan "Kebebasan Wanita". Diasaskan oleh wanita-wanita Barat yang keseluruhannya bukan Islam tetapi beragama Kristian.Mereka memperjuangkan dua aspek utama;

            1.Kedudukan wanita dalam masyaakat (isu aurat,pelajaran campuran,pergaulan bebas dan pekerjaan
               di luar rumah.)

            2.Hak sama rata dengan kaum lelaki (jenis kerja,kenaikan pangkat,gaji dan lain-lain)

               Kumpulan mereka ini mengambil kesempatan mendekati dan menawarkan bantuan berbentuk kewangan atau tempat tinggal dan menjanjikan kehidupan yang lebih baik kepada wanita atau gadis-gadis yang dilanda pelbagai 'masalah' dalam hidup.Penggunaan wang(dianggap sebagai satu pelaburan) yang banyak tidak menjadi masalah kerana agenda mereka dida[ati amat berkesan dengan cara ini... Waallahu A'lam..

@t-Toruiyah @rRasahiah @copyright2011

Renungan Bersama