Akademi Sukses

Akademi Sukses

Pembuka Kalam Bicara

Jutaan Daripada Gelora

Cuitan Gelora.

Monday, February 7, 2011

+Tips Pelajar yang Berjaya+




1) Banyakkan berdoa
Banyakkan doa. Ingat! Bahawa Allah sering berada di samping kita.solat juga jangan diabaikan.apa gunanya kita berdoa kalau solat pun tidak cukup 5 waktu sehari semalam?

2) Berfikiran positif
Fikirkanlah perkara-perkara yang positif.mungkin kita bimbang keputusan yang bakal kita terima tidaklah seperti yang kita harapkan. Tapi,apa salahnya jika kita mengandaikan kita boleh memperoleh keputusan yang cemerlang nanti.

3) Lakukan banyak kerja
Kepada yang bekerja, mungkin hal yang berkaitan dengan result ini boleh dilupakan buat seketika. Bagaimana pula bagi mereka yang hanya duduk di rumah? Sudah pasti selama 24 jam mereka memikirkan mengenai keputusan ini. Apa salahnya jika anda menyibukkan diri anda melakukan apa-apa sahaja.menolong ibu memasak di dapur pun sudah memadai. Apa lagi? jom cuba buat resepi baru..

4) Beri semangat kepada diri sendiri
Kalau diri kita sendiri pun tak boleh support,siapa lagi? Berikanlah kata-kata semangat kepada diri sendiri. Aku boleh! Mungkin kata-kata tersebut membuatkan minda anda berfikir dengan lebih positif.

5) Ingat wajah-wajah kesayangan anda
Terbayangkan wajah emak dan ayah mungkin akan menyebabkan kita lebih gementar.betul tak? Tapi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa takut untuk menunggu detik keputusan diumumkan. Kerana merekalah yang sedang berada di depan mata kita sekarang yang selalu memberikan dorongan dan semangat kepada kita.

Kelima-lima cara tersebut dapat membantu kita menghilangkan stress atau tekanan yang sedang bergelora di jiwa,,..

created by:- zaheed alee

No comments:

Post a Comment

Renungan Bersama