Akademi Sukses

Akademi Sukses

Pembuka Kalam Bicara

Jutaan Daripada Gelora

Cuitan Gelora.

Friday, January 28, 2011

~**~sEdEkahKaN aL-FaTiHaH kPd iBu bApA sEtiAp HaRi~**~



Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata "Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah
kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup mahupun telah meninggal dunia)
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu".

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w. : "Tidak akan terputus
rezeki seseorang selagi dia tidak meninngalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadis:

* Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (hidup mahupun
yang sudah tiada)

*Allah akan memurahkan rezeki mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua
ibu bapa(walaupun ada ibu bapa ada kekurangan,doa agar mereka berubah)

Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.

* Semasa berdoa,berdoalah dengan bersungguh-sungguhtadah tangan dan bayangkan
wajah kedua orang tua kita,termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita
(berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)

* Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua akan disempitkan rezeki oleh Allah..

copied:- zed

No comments:

Post a Comment

Renungan Bersama